PDM

Pustaka KL Digital Madani (PDM) merupakan perpustakaan digital sepenuhnya pertama di Kuala Lumpur yang diwujudkan sebagai pusat ilmu dan pembelajaran berteraskan teknologi digital di bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bertempat di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, PDM berperanan sebagai hab maklumat moden yang menyediakan akses kepada pelbagai bahan bacaan dan rujukan digital seperti e-buku, majalah, surat khabar dan pangkalan data melalui platform digital khusus.

Direka untuk memenuhi keperluan komuniti bandar masa kini, PDM menawarkan persekitaran pembelajaran interaktif dan inklusif dengan kemudahan teknologi seperti komputer meja, iPad, ruang pembelajaran digital dan akses internet berkelajuan tinggi. PDM juga menyokong program literasi digital dan aktiviti pembelajaran berteraskan teknologi untuk semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak, pelajar, belia dan warga emas. PDM ditubuhkan sebagai platform intervensi sosial dan pendidikan bagi:

  • Merapatkan jurang digital bandar
  • Memperluas akses kepada sumber ilmu digital
  • Meningkatkan literasi digital dan maklumat
  • Menyokong pembelajaran sepanjang hayat

Dengan aspirasi memperkasakan masyarakat melalui ilmu dan teknologi, PDM merupakan sebahagian daripada strategi DBKL dalam merapatkan jurang digital serta menyediakan ruang pendidikan sepanjang hayat yang boleh diakses oleh semua warga kota

Akses Sumber Digital

Buku Bahan Digital Pangkalan Data Platform AI
1.       Buffet 1.       U-Pustaka 1.       ChatGPT
2.       KL-Elib 2.       My Guru 2.       Perplexity
3.       Cereka 3.       Koleksi KL 3.       Google
4.       E-Majalah 4.       IPAC KL 4.       Suno AI
5.       E-Suratkhabar 5.       Hedra AI
6.       Overdrive
  • Komputer meja, iPad, iMac dan kemudahan Wi-Fi berkelajuan tinggi
  • Meja pintar interaktif dan peralatan pembelajaran digital
  • Kemudahan Realiti Maya (VR) untuk pengalaman pembelajaran imersif
  • Ruang pembelajaran yang kondusif dan mesra pengguna
  • Bilik perbincangan
  • Bilik mesyuarat

Pustaka KL Digital Madani @ Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri
Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

  • Selasa – Jumaat
    10.00 pagi – 6.45 petang
  • Sabtu & Ahad
    10.00 pagi – 5.00 petang
  • Tutup
    Sabtu & Ahad minggu pertama setiap bulan
    Isnin dan Cuti Umum

Emel: kllibrary@dbkl.gov.my

togel togel online togel online situs toto situs toto situs slot https://disdukcapil.salatiga.go.id/ngacor/ slot gacor totomacau4d situs toto situs toto situs toto slot gacor situs togel situs toto agen toto situs togel situs toto situs togel resmi slot gacor situs toto situs togel situs togel