Bazar Buku 2026 @TTDI

Bazar Buku 2026 @ TTDI Banner

Tentang Bazar Buku @ TTDI 2026

Bazar Buku @ TTDI 2026 merupakan sebuah inisiatif pembudayaan membaca yang dianjurkan bersama oleh Perpustakaan Kuala Lumpur dan Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM) bagi menyemarakkan minat membaca serta mendekatkan masyarakat dengan dunia buku, ilmu dan pembelajaran.

Lebih daripada sekadar jualan buku, Bazar Buku @ TTDI 2026 turut menjadi ruang pertemuan antara masyarakat, pemain industri perbukuan, penulis, penerbit dan pencinta buku melalui pelbagai aktiviti yang dirangka untuk semua peringkat umur.

Datang, teroka, pilih dan bawa pulang bacaan yang anda gemari. Jadikan Bazar Buku @ TTDI 2026 sebagai destinasi untuk menemukan buku, mencipta pengalaman dan menyemarakkan budaya membaca bersama keluarga serta komuniti.

Buku Untuk Semua!

Kenapa Anda Perlu Hadir?

Buku

Ribuan judul buku

Pelbagai genre untuk semua peringkat umur

Diskaun

Harga berpatutan

Promosi menarik dan diskaun istimewa

Gerai

Sokong industri buku tempatan

Bantu penggiat industri dan peniaga kecil

Komuniti

Aktiviti komuniti

Berkongsi ilmu, inspirasi dan kemeriahan bersama

Apa Yang Menarik?

Buku Pelbagai Genre

Jualan Buku Pelbagai Genre

Fiksyen, bukan fiksyen, buku anak-anak, pendidikan, rujukan, dan banyak lagi

Diskaun Istimewa

Promosi & Diskaun Istimewa

Harga berpatutan untuk semua lapisan masyarakat

Program Kanak-kanak

Program & Aktiviti

Aktiviti bercerita, kuiz, pertandingan mewarna dan banyak lagi

Gerai Penerbit

Gerai Penerbit & Penjual

Bertemu terus dengan penerbit, penulis dan peniaga buku

Gerai Makan

Gerai Makan & Minum

Nikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman di kawasan bazar

SOALAN LAZIM (FAQ)

1. Bila Bazar Buku @ TTDI 2026 diadakan?
Bazar Buku @ TTDI 2026 akan berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2026, Jumaat hingga Ahad, dari jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam.
2. Di manakah lokasi Bazar Buku @ TTDI 2026?
Bazar Buku @ TTDI 2026 diadakan di Pusat Komuniti @ TTDI, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.
3. Adakah kemasukan ke Bazar Buku @ TTDI percuma?
Ya. Kemasukan ke Bazar Buku @ TTDI 2026 adalah PERCUMA dan terbuka kepada orang ramai.
4. Apakah yang ada di Bazar Buku @ TTDI?
Pengunjung boleh meneroka pelbagai pilihan buku dan menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk jualan buku, promosi istimewa, aktiviti kanak-kanak dan keluarga, kuiz, Info Hunt, sesi bersama penulis, persembahan, Fun Walk dan banyak lagi.
5. Adakah Bazar Buku @ TTDI sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga?
Ya. Bazar ini direka untuk dinikmati oleh pelbagai peringkat umur, termasuk kanak-kanak dan keluarga. Pelbagai aktiviti kreatif, interaktif dan santai disediakan sepanjang tiga hari program.
6. Adakah terdapat promosi atau diskaun buku?
Ya. Pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai buku pada harga menarik serta menikmati promosi dan tawaran istimewa daripada penjual buku yang terlibat.
7. Bagaimana cara untuk ke Bazar Buku @ TTDI menggunakan pengangkutan awam?
Pengunjung boleh menggunakan MRT, bas atau perkhidmatan e-hailing untuk ke Pusat Komuniti @ TTDI. Panduan perjalanan dari MRT Taman Tun Dr Ismail (KG10), MRT Bandar Utama serta laluan bas boleh dirujuk di bahagian “Bagaimana Nak Ke Bazar Buku @ TTDI”.
8. Adakah terdapat tempat letak kereta?
Pengunjung boleh menggunakan kemudahan tempat letak kereta di sekitar kawasan TTDI. Memandangkan tempat letak kereta adalah terhad, pengunjung digalakkan menggunakan pengangkutan awam atau e-hailing jika bersesuaian.
9. Apakah aktiviti dan program yang akan berlangsung sepanjang bazar?
Pelbagai program berlangsung sepanjang tiga hari, antaranya Bicara Keluarga, Meet & Greet bersama penulis, Bintang Kecil Ukulele, aktiviti mewarna, Info Hunt, kuiz, Fun Walk, Sesi Fotografi, Bicara Berirama dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.
10. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat terkini tentang Bazar Buku @ TTDI 2026?
Maklumat terkini berkaitan jadual program, aktiviti, pengumuman dan perubahan sepanjang Bazar Buku @ TTDI 2026 akan dikemas kini melalui laman rasmi dan saluran media sosial rasmi Perpustakaan Kuala Lumpur.

Lokasi & Arah

Pusat Komuniti @ TTDI

Jalan Wan Kadir 3, TTDI,
60000 Kuala Lumpur.

Lihat Peta Besar

Tips Untuk Pengunjung

  • Bawa beg sendiri untuk membawa buku.
  • Sediakan wang tunai / e-wallet untuk pembelian.
  • Datang awal untuk mendapatkan tawaran terbaik.
  • Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan!
togel togel online togel online situs toto situs toto situs slot https://disdukcapil.salatiga.go.id/ngacor/ slot gacor totomacau4d situs toto situs toto situs toto slot gacor situs togel situs toto agen toto situs togel situs toto situs togel resmi slot gacor situs toto situs togel situs togel