Perkhidmatan

  1. KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
    • Keahlian dibuka untuk warganegara Malaysia dan warganegara asing yang bermastautin tetap di Malaysia.
    • Pendaftaran keahlian Perpustakaan Kuala Lumpur adalah PERCUMA.
    • ID keahlian Perpustakaan Kuala Lumpur adalah Nombor Kad Pengenalan/MyKid/MyPR/Nombor Pasport pemohon.
    • Tempoh sah keahlian adalah selama dua (2) tahun. Ahli perpustakaan perlu mengemaskini data peribadi mereka di kaunter perkhidmatan dalam tempoh tersebut untuk memastikan keahlian pemohon kekal sah.
  2. KATEGORI KEAHLIAN:
    • Keahlian Dewasa – berumur 12 tahun ke atas.
    • Keahlian Kanak-Kanak – berumur 4 hingga 11 tahun.
  1. KAEDAH MENJADI AHLI
    • Pemohon perlu mengisi borang pendaftaran keahlian (secara bercetak/ digital) dan menyatakan maklumat yang sahih dan benar.
    • Permohonan keahlian akan terbatal jika mendapati maklumat yang dikemukakan oleh pemohon adalah tidak benar / borang tidak lengkap diisi.
  2. BORANG KEAHLIAN
    • Borang bercetak:
      • Borang bercetak boleh diperolehi di setiap Kaunter Khidmat Pelanggan di Perpustakaan Kuala Lumpur serta cawangan.
      • Sila pastikan borang permohonan keahlian lengkap diisi sebelum dikemukakan kepada kakitangan di Kaunter Khidmat Pelangan Perpustakaan.
      • Sila kemukakan kad pengenalan/MyKid/MyPR/ pasport kepada kakitangan untuk tujuan semakan dan pengesahan data pemohon.
    • Pendaftaran secara digital:
      • Mengimbas kod QR yang disediakan di kaunter khidmat pelanggan atau klik link berikut “Borang Pendaftaran Keahlian Perpustakaan Kuala Lumpur
      • Mengisi maklumat dengan betul dan lengkap.
      • Semasa pemohon membuat pinjaman untuk kali pertama, pemohon diminta untuk mengemukakan kad pengenalan/MyKid/MyPR pasport kepada kakitangan kaunter perkhidmatan perpustakaan untuk semakan dan pengesahan data pemohonan.
      • Pemohon boleh membuat pinjaman bahan bacaan selepas data pemohon disahkan.
  3. Setiap ahli bertanggungjawab di atas akaun pinjaman mereka sendiri. Sila pastikan kata laluan akaun anda tidak dikongsikan dengan pihak lain bagi mengelak sebarang penyalahgunaan. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab diatas kecuaian pemohon berkaitan perkara ini.
  4. Pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli Perpustakaan Kuala Lumpur DIANGGAP TELAH BERSETUJU dan perlu mematuhi peraturan serta polisi perpustakaan yang telah digariskan oleh pihak Perpustakaan Kuala Lumpur.
  1. Ahli boleh membuat pinjaman bahan bacaan melalui dua (2) cara iaitu:
    • Kaunter Khidmat Pelanggan
      • Sila bawa buku yang ingin dipinjam ke kaunter Khidmat Pelanggan.
      • Sila nyatakan Nombor ID (Nombor Kad Pengenalan) dan Nama anda kepada kakitangan perpustakaan yang bertugas.
      • Serahkan buku kepada petugas.
      • Proses pinjaman akan dilaksanakan oleh kakitangan perpustakaan.
      • Sila dapatkan dan simpan resit pinjaman untuk rujukan tarikh pemulangan bahan bacaan.
    • Mesin pinjaman Layan Diri (Self-Check Machine).
      • Sila bawa buku anda ke mesin pinjaman layan diri.
      • Masukkan kad pengenalan anda pada slot yang disediakan dan input kata laluan anda pada skrin untuk aktifkan akaun anda atau…
      • Input nombor kad pengenalan anda beserta kata laluan pada skrin.
      • Letakkan buku anda satu persatu pada terminal.
      • Sistem akan imbas buku anda satu persatu
      • Setelah selesai, sila klik pinjam pada skrin.
      • Pinjaman berjaya. Sila ambil dan simpan resit pinjaman untuk rujukan tarikh pemulangan bahan bacaan.
      • Jika pinjaman tidak berjaya, sila ke Kaunter Khidmat Pelanggan untuk bantuan.
  2. Jumlah kuantiti pinjaman bahan bacaan adalah mengikut kategori berikut:
KATEGORI KEAHLIAN UMUR JUMLAH BAHAN
Kanak-Kanak 4 tahun – 11 tahun 3 bahan
Dewasa 12 tahun keatas 3 bahan
  1. Tempoh peminjaman adalah selama 14 hari untuk setiap bahan.
  2. Ahli boleh dapatkan resit pinjaman bahan selepas selesai membuat pinjaman. Sila simpan resit tersebut sebagai bukti pinjaman dan rujukan tarikh pemulangan.
  3. Ahli perpustakaan yang telah disenarai hitam, tidak dibenarkan membuat peminjaman bahan bacaan sehingga isu yang berkaitan diselesaikan.
  4. Peminjam perlu melaporkan dengan segera sebarang kehilangan buku yang dipinjam kepada pihak perpustakaan.
  5. Bahan perpustakaan berstatus Rujukan (R) tidak boleh dipinjam kecuali dengan surat rasmi/atau mengisi borang pinjaman bahan rujukan dan kelulusan daripada Ketua Pustakawan, Perpustakaan Kuala Lumpur.
  1. Setiap ahli boleh melanjutkan tempoh peminjaman bahan bacaan yang telah dipinjam.
  2. Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan selama 14 hari lagi selepas tarikh pemulangan bahan dengan syarat seperti berikut:
    • Tarikh pemulangan bahan masih belum tamat.
    • Akaun peminjam tidak mempunyai denda
    • Hanya boleh dipohon sekali sahaja untuk satu satu bahan.
    • Buku yang dipinjam tidak ditempah oleh pengguna lain.
  3. Cara pemohonan lanjutan tempoh pinjaman adalah seperti berikut:
    • Telefon (03-2612 3500)
    • Email (kllibrary@dbkl.gov.my)
    • Sila berikan butiran berikut semasa membuat permohonan lanjutan tempoh pinjaman:
      • Nama peminjam
      • Nombor ID peminjam
      • Tajuk buku / barcode buku yang ingin dilanjutkan tempoh pinjaman.

Bahan bacaan boleh dipulangkan melalui 3 kaedah iaitu:

    1. Kaunter Perkhidmatan
      • Sila serahkan buku anda kepada petugas di Kaunter Khidmat Pelanggan Perpustakaan untuk diproses.
      • Sila ambil dan simpan resit sebagai bukti pemulangan buku anda.
      • Sila jelaskan bayaran denda (sekiranya ada) jika anda ingin meminjam buku lain.
    2. Gelongsor buku (Book Drop)
      • Sila ke Mesin Gelongsor Buku di bahagian lobi perpustakaan.
      • Sila tekan pilihan bahasa
      • Masukkan buku anda satu persatu melalui pintu terminal.
      • Buku anda akan di imbas satu per satu.
      • Pemulangan berjaya, sila ambil dan simpan resit sebagai bukti pemulangan buku anda.
      • Jika tidak berjaya, sila rujuk semula ke Kaunter Khidmat Pelanggan untuk bantuan.
    3. Perkhidmatan penghantaran barang (same day door-to door delivery).
      • Peminjam boleh menghantar buku ke perpustakaan dengan menggunakan perkhidmatan ‘courier – same day door to door delivery’
      • Kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh peminjam.
      • Setiap bahan yang dihantar perlu disertakan dengan nama, nombor ID, nombor telefon dan email peminjam dan dihantar HANYA ke alamat berikut sahaja:
        Seksyen Perkhidmatan Perpustakaan (Pemulangan Bahan Bacaan)
        Perpustakaan Kuala Lumpur
        No 1, Jalan Raja
        50050 Kuala Lumpur
      • Bahan dihantar pada waktu perkhidmatan perpustakaan dibuka sahaja.
      • Slip serahan boleh digunakan sebagai bukti transaksi.
      • Bahan perlu dihantar sebelum tamat tempoh pinjaman.
      • Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab jika bahan yang dihantar hilang, rosak atau lambat sampai ke perpustakaan. Pihak peminjam adalah bertanggungjawab diatas bahan yang dihantar.
  1. Perpustakaan Kuala Lumpur menggunakan iPAC (Internet Public Access Catalog) dari sistem perpustakaan untuk mencari bahan bacaan dan rujukan yang diperlukan oleh pengguna.
  2. Cara menggunakan IPAC adalah seperti berikut :
      • Log masuk ke laman sesawang Perpustakaan Kuala Lumpurlogin
      • Masukkan ID keahlian dan kata laluan anda.

        Nota :

        • Pastikan anda telah mendaftar sebagai ahli Perpustakaan Kuala Lumpur sebelum log masuk.
        • Pastikan akaun anda adalah berstatus aktif.
        • Selepas berjaya log masuk , butiran diri dan rekod peminjaman anda akan dipaparkan.
      • Klik pada ‘Carian Bahan Bacaan’ pada laman utama.
      • Masukkan kata kunci / judul / nama penulis / subjek bahan yang anda ingin cari. Klik icon cari.
    • Sila buat pilihan jenis bahan yang diperlukan sama ada Buku Digital atau Buku Fizikal.
      digitalphysical

      • Buku digital: Bahan bacaan ini boleh dimuat-turun atau dibaca melalui peranti anda. Ia merupakan sumber buku elektronik dari koleksi portal KL Elib. Klik sini untuk mengetahui cara mengakses KL Elib
      • Buku fizikal: Bahan bacaan ini adalah dalam bentuk bercetak dan hanya boleh didapati di perpustakaan sahaja. Jika ingin meminjam buku ini, peminjam perlu hadir sendiri ke perpustakaan.
      • Klik ‘Read More’ untuk mengetahui maklumat terperinci buku, lokasi perpustakaan, nombor rak serta status buku.
  1. PERKHIDMATAN U-PUSTAKA
    • Pengenalan
      • Perkhidmatan u-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui portal u-Pustaka di u-pustaka.gov.my.
      • Perpustakaan Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada ahli konsotium u-Pustaka.
      • Keahlian u-Pustaka adalah PERCUMA.
      • Ahli u-Pustaka boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital.
      • Ahli boleh menempah buku fizikal dari 12 perpustakaan konsortium u-Pustaka dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan kadar yang berpatutan.
      • Selain itu, u-Pustaka menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal, suratkhabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan.
    • Cara menjadi ahli UPustaka
      • Apabila anda mendaftar sebagai ahli Perpustakaan Kuala Lumpur, anda akan menjadi ahli u-Pustaka secara automatik.
    • Cara akses perkhidmatan UPustaka
      • Klik pautan u-Pustaka melalui laman sesawang Perpustakaan Kuala Lumpur.

PANGKALAN DATA UPUSTAKA

Perpustakaan Kuala Lumpur melalui platform u-Pustaka menawarkan beberapa pangkalan data yang boleh diakses oleh pengguna perpustakaan secara percuma. Untuk mengakses pangkalan data ini :

  1. Sila pastikan anda telah mendaftar sebagai ahli Perpustakaan Kuala Lumpur.
  2. Sila layari laman sesawang u-Pustaka atau klik pada pautan PANGKALAN DATA U-PUSTAKA (Link ke https://www.u-library.gov.my/portal/ms/web/guest/onlinedatabases).

Berikut adalah beberapa pangkalan data yang disediakan di uPustaka:

PNM OVERDRIVE
Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu. Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer .

E-Law
Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

EBSCO PRIMIER PUBLIC LIBRARY PACKAGE
Perkhidmatan Maklumat EBSCO (EBSCOHost) merupakan pangkalan data terbesar yang menyediakan akses kepada e-Buku, artikel daripada beribu-ribu judul e-Jurnal dan pelbagai sumber maklumat daripada lebih 100 pangkalan data. Selain membuat carian/memuat turun artikel jurnal, pengguna juga boleh mengakses sebanyak 5,277 judul e-buku dalam pelbagai subjek, antaranya kesenian, perniagaan, ekonomi, pendidikan, pemasaran, sains sosial, perubatan dan lain-lain. EBSCOHost merupakan antara pangkalan data yang popular di dunia, dan telah digunakan secara meluas di kebanyakan perpustakaan dan komuniti perniagaan selama lebih daripada 60 tahun. Tontoni video-video tutorial mengenai panduan penggunaan pangkalan data EBSCO secara berkesan di Saluran Youtube EBSCOHost Tutorial untuk lebih kefahaman.

EMERALD BACKFILES ARCHIVES
Emerald adalah penyedia perkhidmatan pangkalan data global yang menyediakan akses kepada artikel-artikel jurnal penyelidikan dalam bidang pengurusan dan kejuruteraan yang berkualiti tinggi. Perpustakaan Negara Malaysia telah melanggan kepada koleksi arkib artikel-artikel jurnal di bawah pangkalan data Emerald untuk tahun 2006 dan 2010. Pangkalan data ini menyediakan akses tanpa had ke seluruh negara (nationwide access) dan memberikan kemudahan muat turun secara terus untuk arkib artikel-artikel jurnal di bawah pangkalan data Emerald (berteks penuh – PDF) yang mana tahun terbitannya adalah pada tahun 2006 dan 2010 sahaja

EMERALD E-BOOK
Koleksi E-buku Emerald ini merupakan kandungan eBuku terpilih yang telah dilanggan oleh PNM. Di sini, anda boleh mengakses, membaca dan memuat turun pelbagai judul e-Buku dari Koleksi eBuku Emerald yang telah dilanggan samada dalam format PDF, HTML dan EPub di mana ia merangkumi koleksi monograf ilmiah, koleksi eBuku yang diedit, buku-buku panduan dan bahan teks profesional.

Koleksi eBuku yang tersedia adalah seperti berikut: a) Koleksi eBuku Dalam Bidang Perniagaan, Pengurusan & Ekonomi (Terbitan dari Tahun 2013 hingga 2017): Koleksi yang komprehensif di mana ia meliputi lebih daripada 490+ judul eBuku meliputi pelbagai topik dari Perakaunan hingga Pemasaran. Senarai liputan topik adalah: Strategi; Perilaku Sumber Manusia & Organisasi; Pemasaran & Penjenamaan; Inovasi; Etika Perniagaan & Perniagaan Lestari; Kepimpinan; Perniagaan Antarabangsa; Operasi & Logistik; Ekonomi; Kewangan; Perbankan; Pelaburan; Perakaunan & Pengauditan. b) Koleksi eBook Dalam Bidang Sains Sosial (Terbitan dari tahun 2013 hingga 2017): Terdapat 210+ tajuk dalam koleksi ini merangkumi dua bidang utama iaitu Sosiologi dan Pendidikan. Senarai liputan topik adalah: Kriminologi (Jenayah); Pendidikan tinggi; Kajian Komunikasi; Pendidikan Inklusif; Kajian Kebudayaan; Pendidikan & Pentadbiran.

BERNAMA ONLINE (BLIS)
Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

PRESSREADER
Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men’s Health, Glam dan lain-lain lagi.

IG LIBRARY
Pangkalan Data iG Library menyediakan akses kepada 429 judul e-Buku dalam bidang ekonomi, politik dan sains sosial dari koleksi Institute of Southeast Asia Studies (ISEAS)dan 249 judul e-Buku terbitan American Library Association (ALA).

MASON CREST
Pangkalan Data Mason Crest E-Books mengandungi sebanyak 490 judul e-buku fiksyen dan bukan fiksyen terpilih serta buku-buku ilmiah dan kontemporari meliputi bidang seperti biografi, sukan, perubatan, keluarga, kesihatan, nutrisi, kerjaya dan kewangan, isu-isu semasa dan lain-lain. Kesemua e-buku yang tersedia adalah terbitan luar negara dan dalam format `flipping e-book’ dengan paparan isi kandungan penuh (full-text). Ia sesuai untuk bacaan kanak-kanak, remaja dan dewasa dari lingkungan usia 10 tahun ke atas. Kemudahan enjin carian berdasarkan kata kunci (keyword search), fungsi bookmark, copy & paste, paparan skrin penuh tersedia untuk para pembaca.

BENCHMARKING ONLINE NETWORKING DATABASE (BOND)
Benchmarking Online Networking Database (BOND) merupakan pangkalan data atau hub rujukan amalan terbaik dan pengukuran prestasi bagi membantu organisasi untuk mendapatkan maklumat mengenal amalan terbaik dan tanda aras yang diperlukan. Pangkalan data ini telah dibangunkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC). Sehingga kini, terdapat sejumlah 252 dokumen amalan terbaik telah dimuatnaik ke dalam portal BOND dengan hasrat untuk berkongsi amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh organisasi cemerlang.

ALKEM DIGITAL LIBRARY
Pelbagai judul e-buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit terkemuka di seluruh dunia tersedia untuk diakses dalam talian. Anda juga boleh mengakses ALKEM DIGITAL LIBRARY melalui tablet atau telefon pintar.

I-LEARN ACE
i-LEARN Ace merupakan sebuah platform e-pembelajaran abad ke-21 di mana ia telah dibangunkan secara eksklusif oleh Sasbadi Online. Antara ciri unik i-LEARN Ace ialah adanya fungsi nota di mana ia mengandungi lebih daripada 200,000 helaian nota. i-LEARN Ace juga menyediakan lebih kurang 300,000 set-set soalan terkumpul di dalam bank soalannya. Para pelajar mudah untuk menjawab soalan-soalan latihan dan mengakses nota-nota pelajaran secara atas talian atau offline. Selain daripada menepati 100% silibus Kementerian Pelajaran Malaysia yang terkini, i-LEARN Ace turut mewujudkan komunikasi tiga hala diantara ibubapa, cikgu serta para pengguna kerana platform ini direka khas untuk meningkatkan kemahiran belajar para pengguna bermula dari Tahun 1 – Tingkatan 5.

J-GATE
J-GATE adalah pangkalan data yang terdiri daripada Sains Asas, Sains Sosial & Pengurusan, Kejuruteraan & Teknologi dan Pakej Seni & Kemanusiaan. Pangkalan data merangkumi 9,000+ Jurnal (20 juta artikel) Koleksi Sains Asas, 12,000+ Jurnal (10 juta artikel) Koleksi Sains Sosial & Pengurusan, 10,000+ Jurnal (11 juta artikel) mengenai Koleksi Kejuruteraan & Teknologi DAN 8,000+ Jurnal (7 juta artikel) mengenai Koleksi Seni & Kemanusiaan. Secara keseluruhan, J-Gate membawa anda sekitar 35,000 Jurnal untuk keperluan penyelidikan dan kajian anda.

ME BOOKS
Terokai buku yang menarik untuk kanak-kanak dengan audio terbina dalam & disesuaikan. Dengan lebih daripada 400 buku kanak-kanak dari Oxford University Press, ELI Publishing (Italia), WickWick (Finland), Penguin dan Andersen Press. Dengarkan cerita dari tokoh terkenal dunia sekarang, dan nikmati kemampuan merakam suara anda sendiri!

ODILO – UNLIMITED LEARNING ECOSYSTEM
ODILO adalah peneraju terkemuka untuk perpustakaan pintar dan pembelajaran kolaboratif yang dianggap oleh banyak pihak sebagai “Netflix Untuk Pendidikan”. ODILO secara eksklusif menawarkan pengalaman perpustakaan digital yang berciri Netflix. ODILO merangkumi 20,000 bahan bacaan dalam pelbagai bidang termasuk Kemahiran Insaniah, Kesihatan & Kesejahteraan, Perniagaan Umum & Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Sastera & Novel, Pekerjaan dan Kerjaya, Sains Umum, Pendidikan Awal, Novel Cina (Mandarin), dan beberapa e-majalah.

TUTUR INFINITI
Tutor Infiniti merupakan portal pembelajaran dalam talian yang membantu pelajar membuat ulangkaji dan pengukuhan. Terdapat 68,785 soalan disediakan dan sentiasa bertambah mengikut sukatan terkini kurikulum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Soalan disediakan oleh pakar penggubal soalan mengikut silibus KSSR, KSSM dan KBSM selari dengan apa yang dipelajar di sekolah dan fokus kepada tahun peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. Tutor Infiniti boleh diakses dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa

BUFFET @ PKL

BUFFET @PKL

Buffet@PKL merupakan sebuah pangkalan data yang menyediakan lebih 5,000 bahan bacaan terdiri daripada surat khabar, novel dan majalah untuk diakses secara PERCUMA melalui peralatan pintar anda

  1. Muat-turun aplikasi di platform di bawah:

IOS platform (link: rb.gy/ktncm4)

Android platform (Url : shorturl.at/dxJUV)

  1. Klik applikasi Buffet @ PKL untuk aktifkan di peranti anda.
  2. Daftar (Pengguna baru) / Log Masuk ( sudah berdaftar)
  3. Cari bahan / pilih bahan bacaan
  4. Klik pada gambar bahan bacaan.
  5. Klik ‘ Read Now’
  6. Bahan akan dimuat-turun ke peranti anda.
  7. Anda boleh mula membaca di peranti anda.

Klik untuk melihat cara menggunakan Buffet @ PKL  : https://youtu.be/TcqiNA7PuAI

Perpustakaan Kuala Lumpur menyediakan beberapa platform yang boleh diakses untuk mendapatkan bahan bacaan digital secara percuma.

KL ELIB

KL ELIB

  1. Klik http://kl.elib.com.my/
  2. Daftar (Pengguna baru) / Log Masuk (sudah mendaftar)
  3. Cari bahan / pilih bahan bacaan
  4. Klik ‘Pinjam’
  5. Buku akan dimuat-turun ke peranti anda.
  6. Anda mempunyai 7 hari untuk membaca buku anda sebelum ianya dinyahaktifkan pinjaman anda.

Panduan membuat pinjaman

https://kualalumpur.elib.com.my/index.php/home/guide/loan

Panduan membaca e-book KL Elib

https://kualalumpur.elib.com.my/index.php/home/guide/read

Cereka 1

PKL@CEREKA

Cereka menghimpunkan pelbagai novel di bawah genre fiksyen sains dan seram, di bawah satu aplikasi. Nikmati lebih daripada 800 karya menarik termasuk 250 novel, 180 cerpen, dan 550 cerita lain dengan hanya menggunakan hujung jari anda. Kini boleh dimuat turun dari kedai aplikasi Google Play Store dan Apple App Store.

Hanya 3 langkah mudah untuk dapatkan akses .

 

 

 

 

 

 

 

 

CARA SETTING PENGGUNAAN PKL@CEREKA

  1. Layari laman web https://pkl.cereka.app
  2. Daftar mengguanakan akaun GOOGLE anda.
  3. Ingat username anda dan tekan “Log Masuk”.
  4. Muat-turun aplikasi Cereka dari Google Play Store / Apple App Store.
  5. Tekan ikon pengguna di bahagian atas kanan dan klik butang ‘Login Cereka’.
  6. Daftar masuk menggunakan akaun ‘PKL Cereka’ anda.
  7. Klik “Authorize”.
  8. Akaun anda sudah aktif. Kemudian pergi ke ‘Setting and Support’ dan klik “setting”.
  9. Seterusnya tekan “Restore Purchase”.
  10. Akaun langganan PKL@Cereka Setahun anda telah bermula.
  11. Pilih buku yang ingin dibaca.
  12. Mulakan bacaan anda.

VIDEO PKL@CEREKA

Apa itu PKL@CEREKA: https://youtu.be/BrjQK9Vfrt0

Review aplikasi cereka:

https://youtu.be/9B1M3BOR_0g

https://www.youtube.com/shorts/XN-qFK66qbE?feature=share

https://www.tiktok.com/@cerekaapp/video/7299037111343189256?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Kuala Lumpur Resource Centre atau KLRC adalah sebuah unit yang membangun, mengumpul dan memelihara koleksi bahan bacaan, penulisan, rekod, gambar dari pelbagai sumber yang khususnya berkaitan pembangunan, perkembangan dan sejarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur khususnya dan Kuala Lumpur amnya.

Bahan yang dikumpulkan meloputi laporan tahunan, kertan akhbar, gambar, bahan terbitan, peta serta pelbagai lagi termasuk artifak atau barang perseorangan. Pemilihan bahan bahan ini adalah berteraskan perkaitannya dengan pembangunan dan sejarah Kuala Lumpur.

Koleksi ini berstatus koleksi tertutup dimana ianya hanya boleh diakses di Bilik KLRC, tingkat 2, Perpustakaan Kuala Lumpur Dataran Merdeka sahaja. Bahan -bahan disini tidak diberkan untuk pinjaman namun ianya boleh dirujuk di dalam Bilik KLRC sahaja mengikut tempoh dan peraturan yang telah ditetapkan.

  1. PENGENALAN
    Sehingga tahun 2022, Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) menyediakan 2 buah Perpustakaan Bas Bergerak yang memberikan perkhidmatan di sekitar Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah bas yang telah diubahsuai dan dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan dan mempunyai computer dan WiFi untuk kegunaan warga Kuala Lumpur. Perpustakaan Bas Bergerak ini memberikan perkhidmatan mengikut jadual yang telah disusun berdasarkan permohonan yang diterima. Perkhidmatan ini ditawarkan bagi merealisasikan matlamat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berbudaya membaca.
  2. JENIS-JENIS HENTIAN
    1. Kawasan Perumahan
    2. Masjid
    3. Sekolah Rendah
    4. Sekolah Menengah
    5. Agensi kerajaan / NGO
  3. SYARAT-SYARAT PERMOHOHAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BAS BERGERAK
    • Jarak sekolah/institusi/lokasi yang memohon tidak kurang daripada 10 km dari Perpustakaan Kuala Lumpur serta cawangannya. Klik sini untuk senarai Perpustakaan Kuala Lumpur dan cawangannya sebagai rujukan.
    • Sekolah/Institusi/ lokasi yang memohon tidak mempunyai kemudahan perpustakaan atau bilik bacaan sendiri yang lengkap.
    • Jumlah murid sekolah / Institusi / penduduk setempat yang memohon.
    • Tidak kurang daripada 100 orang bagi sekolah / Institusi.
    • Tidak kurang daripada 50 orang bagi kawasan-kawasan perumahan, masjid dan sebagainya.
    • Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak pemohon yang mengurus hal-ehwal Perkhidmatan Bas Bergerak di tempat mereka agar perkhidmatan yang diberikan dapat berjalan tanpa sebarang masalah.
    • Keadaan jalan yang menghala ke hentian-hentian berkeadaan baik, bertar dan sesuai untuk laluan bas.
    • Saiz lebar pintu pagar atau pintu gerbang masuk ke hentian-hentian berkenaan tidak kurang daripada 3.66-meter (12 kaki) agar bas perpustakaan ini boleh melaluinya
    • Mempunyai kemudahan tempat meletak bas yang sesuai dan selamat (parking ground).
    • Pihak PKL berhak menamatkan perkhidmatan di tempat pemohon sekiranya tiada sambutan yang diberikan kepada perkhidmatan ini. Hentian yang ditamatkan akan diganti dengan hentian baru yang lebih memerlukan dan dapat memberi pulangan sambutan yang menggalakan.
    • Pihak PKL berhak menggantung perkhidmatan pinjaman buku-buku buat sementara ditempat pemohon sekiranya didapati ramai yang tidak memulangkan buku-buku selepas dihantar surat peringatan @ makluman berkaitannya melalui poster atau melalui media elektronik. Pihak PKL akan memulakan kembali perkhidmatan seandainya semua buku-buku yang dipinjam telah dikembalikan ke Perpustakaan Bas Bergerak
    • Permohonan perkhidmatan Perpustakaan Bas Bergerak perlu dibuat pada bulan November setiap tahun untuk perkhidmatan tahun berikutnya. Permohonan akan dinilai berdasarkan kesesuaian lokasi dan kekosongan jadual perkhidmatan. Wakil darui PKL akan hadir untuk melihat tapak dan berbincang dengan pemohon berkaitan perkhidmatan ini.
    • Permohonan program dari agensi kerajaan/swasta/NGO boleh dikemukakan dan akan dinilai berdasarkan kekosongan jadual dan kesesuaian lokasi dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
    • Sebarang permohonan rasmi boleh dihantar ke alamat berikut:
      Seksyen Perkhidmatan Perpustakaan (Unit Perkhidmatan Bas Bergerak)
      Perpustakaan Kuala Lumpur
      No 1, Jalan Raja
      50050 Kuala Lumpur
      E-mel: kllibrary@dbkl.gov.my
  4. WAKTU PERKHIDMATAN BAS BERGERAK
    Isnin hingga Khamis
    Sabtu & Ahad
    10.00 pagi – 3.00 petang
    Jumaat
    Sabtu & Ahad Minggu Pertama
    Cuti Umum
    Perkhidmatan ditutup

Galeri ini menyediakan pelbagai maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Kuala Lumpur. Bermula dengan Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya ialah “kuala berlumpur.” Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. Inginkan kisah selanjutnya, datanglah ke galeri Inspirasi KL.

MESIN PINJAMAN LAYAN DIRI (SELF CHECK STATION)
  • Ahli boleh menggunakan mesin pinjaman layan diri untuk peminjaman buku.
  • Masukkan Kad Pengenalan anda pada slot yang disediakan / masukkan nombor Kad Pengenalan anda pada skrin.
  • Masukkan kata laluan anda.
  • Letakkan buku anda pada platform.
  • Sistem akan mengimbas buku anda.
  • Pinjaman berjaya dan resit akan diberikan.
  • Sila simpan resit peminjaman sebagai bukti pinjaman dan rujukan tarikh pemulangan buku.
  • Sebarang kesulitan boleh merujuk perkhidmatan semula kepada kakitangan di kaunter.
GELONGSOR BUKU (BOOK DROP)
  • Ahli boleh memulangkan buku melalui Gelongsor Buku.
  • Perkhidmatan pemulangan buku melalui mesin gelongsor buku (Bookdrop) dibuka setiap hari termasuk cuti umum.
  • Ahli perlu menyimpan resit pemulangan buku melalui bookdrop sebagai bukti pemulangan.
  • Ahli perlu mengikuti setiap tatacara penggunaan mesin ini dengan betul dan teratur.
  • Sekiranya mesin gelongsor buku ini mengalami masalah/kerosakan ahli perlu memulakan bahan bacaan di kaunter perkhidmatan:
      • Semasa Waktu Perkhidmatan
        Ahli perlu merujuk kepada kakitangan kaunter peminjaman dan pemulangan untuk tujuan pemulangan
      • Diluar waktu perkhidmatan/cuti umum
        Ahli perlu mengisi borang pemulangan bahan bacaan di kaunter pengawal dan disahkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.
  • Mesin ini terdapat di Perpustakaan Kuala Lumpur Dataran Merdeka, Pustaka KL @ TTDI, Pustaka KL @ Lembah Pantai dan Pustaka KL @ Medan Idaman.
  • Semua buku yang dipinjam dari mana-mana Cawangan Perpustakaan Kuala Lumpur boleh dipulangkan melalui mana-mana gelongsor buku di lokasi di atas.
SMART SHELF
  • Mempamerkan bahan bacaan yang telah ditempah oleh ahli perpustakaan melalui laman sesawang perpustakaan.
  • Ahli perlu mengambil bahan bacaan yang ditempah dalam tempoh masa tujuh (7) hari.
BILIK KREATIF 1 & 2
  • Bilik ini disediakan untuk ahli perpustakaan mengadakan perbincangan dalam kumpulan kecil.
  • Ahli Perpustakaan Kuala Lumpur sahaja dibenarkan menggunakan Bilik Perbincangan (minima tiga (3) orang ahli perpustakaan). Tidak dibenarkan berdua-duaan di dalam Bilik Perbincangan.
  • Permohonan penggunaan Bilik Perbincangan boleh dibuat di kaunter perkhidmatan secara bersemuka.
  • Penggunaan bilik hanya dibenarkan untuk sesi perbincangan kecil/ ulangkaji / lain-lain aktiviti akademik sahaja. Tidak dibenarkan digunakan untuk melepak atau tanpa tujuan.
D’STUDIO
  • Bilik ini digunakan untuk penganjuran pelbagai aktiviti / program.
D’CUBE
  • Bilik ini digunakan sebagai bilik serbaguna untuk menjalankan aktiviti yang dirancang oleh Perpustakaan Kuala Lumpur dari semasa ke semasa.
KOMPUTER & INTERNET
  • Setiap ahli perpustakaan, anda diberi 1 jam pertama secara percuma untuk melayari internet, dan setiap jam berikutnya akan dikenakan caj sebanyak RM 1.00.
  • Bukan ahli, dikenakan caj sebanyak RM 2.00 sejam.
WIFI
  • Pihak perpustakaan telah menyediakan talian WIFI secara percuma.
  • Sila rujuk kepada petugas kaunter bagi mendapatkan kata laluan.
KAFE
  • Perpustakaan Kuala Lumpur menyediakan sebuah kafe untuk kegunaan pengguna perpustakaan. Pelbagai juadah disediakan namun perlu mematuhi beberapa peraturan semasa berada di sini. Antara peraturan yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut :
    • Ahli dan pengguna perpustakaan dibenarkan untuk makan dan minum di kafe perpustakaan sahaja.
    • Tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman dari luar.
    • Dilarang membuat bising dan kacau ganggu pengguna lain di kafe.
    • Dilarang membuang sampah dan mengotorkan kawasan kafe.
    • Dilarang mengalihkan perabut di kawasan kafe.
LOKER
  • Lokar layan diri boleh digunakan secara PERCUMA.
  • Ahli dan pengguna perlu membaca kod QR dan mendaftar sebelum menggunakan lokar.
  • Waktu penggunaan lokar mengikut waktu operasi perkhidmatan perpustakaan.
  • Ahli dan pengguna WAJIB mengosongkan lokar yang digunakan selepas tamat waktu operasi perpustakaan setiap hari.
  • Penyimpanan Barang-Barang Yang DILARANG :
    • Barang-barang/makanan yang mudah rosak dan basah.
    • Barang-barang/makanan yang mengeluarkan bau.
    • Barang-barang yang mudah terbakar.
    • Barang-barang yang merbahaya.
    • Barang-barang yang menyalahi undang-undang Malaysia.
  • Perpustakaan Kuala Lumpur tidak akan bertanggungjawab kepada kehilangan/kerosakan barang-barang yang disimpan di dalam lokar.
  • Perpustakaan Kuala Lumpur mempunyai hak untuk mengosong loker / mengalih barang- barang yang ada di dalam loker ini selepas waktu perkhidmatan perpustakaan tamat setiap hari. Sila rujuk polisi perpustakaan untuk maklumat lanjut.
BAG SERBAGUNA
  • Bag serbaguna ini disediakan untuk pengguna membawa barang barang peribadi dari loker / buku pinjaman ke sekitar perpustakaan sahaja.
  • Sila ambil satu di kaunter lobi dan kembalikan selepas ia digunakan.
  • Perkhidmatan ini disediakan secara percuma.
  • Bag ini tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan.
  • Jika anda ada terlihat bag ini di luar perpustakaan sila pulangkan / maklumkan kepada pihak perpustakaan.
BEACON @PKL

Perpustakaan Kuala Lumpur menyediakan kemudahan beacon untuk mengakses buku elaktronik di sekitar Kuala Lumpur. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma dan ianya boleh diakses melalui peranti pintar anda.

Berlandaskan perkhidmatan dibawah inisiatif KLWBS2020, Perpustakaan Kuala Lumpur menyediakan satu platform akses kepada e-buku / buku elektronik menggunakan teknologi Internet of Things (Beacon) kepada seluruh warga kota Kuala Lumpur khususnya dan pengguna perpustakaan amnya.

Penggunaan teknologi Beacon ini membolehkan pengguna memuat turun bahan-bahan bacaan dalam bentuk digital ke telefon pintar peribadi mereka. Berteraskan penggunaan teknologi terkini dalam pemasaran maklumat secara menyeluruh serta menggunakan pelbagai platform media sosial dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) pendekatan penggunaan Beacon adalah antara kaedah terbaik.

 

Apa itu Beacon?

Ia merupakan sebuah alat kecil tanpa wayar menggunakan teknologi Bluetooth Low Energy (atau juga dikenali sebagai Beacon Bluetooth 4.0). Pengguna yang mempunyai aplikasi Reader akan mendapat notifikasi dan akses kepada e-buku melalui telefon pintar apabila mereka melalui kawasan yang terdapat Beacon. Konsep pelaksanaan perkhidmatan terdapat dalam 4 komponen:

Beacon Technology
  • Pengguna mendapat akses kepada e-book melalui alatan pintar mereka apabila mereka melalui atau memasuki kawasan yang terdapat Beacon dengan menggunaakan aplikasi eReader yang disediakan.
  • Pengguna dapat mengakses senarai kandungan sehingga 30-meter jarak dari lokasi Beacon tersebut. Sebaik sahaja pengguna keluar dari kawasan Beacon tersebut, pengguna tidak mempunyai akses kepada e-book ini namun bahan yang dimuat-turun masih boleh diakses.
Beacon Geo-fencing Technology
  • Pengguna hanya perlu memuat turun maklumat/buku yang yang dibenarkan akses kepada katalog yang ditetapkan melalui beacon geo-fencing.
  • Teknologi ini memerlukan pautan kepada talian internet atau WiFi bagi tujuan muat turun e-book.
  • E-Book akan dimuat turun dan terus tersimpan di dalam peranti pintar mereka dan boleh dibaca tanpa memerlukan sebarang talian internet
Push Notification
  • Fasiliti bacaan juga menyediakan akses micro-location untuk pengguna melalui Beacon Bluetooth 4.0.
  • Kaedah “push notification” digunakan sebagai promosi kepada produk dan e-book melalui telefon pintar apabila mereka berada dalam liputan beacon bluetooth.
Kandungan e-Book
  • PKL menyediakan sebanyak 200 judul ebook yang meliputi pelbagai bidang seperti pelancongan, sehjarah, bacaan ringan  dan pelbagai lagi untuk dimuat-turun oleh pengguna.
Aplikasi / Platform Perkhidmatan eBook
  • Aplikasi yang disediakan membolehkan pengguna meminjam e-book melalui peranti masing-masing apabila berada di lokasi tersebut.
  • Data keselamatan pengguna berdaftar dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi

 

CARA AKSES.

  1. Sila muat turun ‘ebook Reader’ sebelum mengakses Beacon @ PKL.
  2. Muat-turun aplikasi di platform di bawah:

IOS platform (link: rb.gy/ktncm4)

Android platform (Url : shorturl.at/dxJUV)

  1. Daftar (Pengguna baru) / Log Masuk ( Yang berdaftar)
  2. Cari bahan / pilih bahan bacaan
  3. Klik ‘Pinjam’
  4. Buku akan dimuat-turun ke peranti anda.
  5. Anda boleh mula membaca di peranti anda.

 

LOKASI BEACON

  • Dapatkan dari En Mazrizal
BILIK TAYANGAN (Pustaka KL @ TTDI)

Pustaka KL @TTDI menawarkan sebuah bilik tayangan yang dilengkapi dengan skrin yang besar, system bunyi yang terbaik serta ruang menonton yang selesa. Ianya sesuai untuk menonton filem bersama sama ahli keluarga ataupun kumpulan yang kecil. Anda boleh memilih untuk menonton filem dari koleksi cakera padat yang disediakan atau menonton filem yang disusun mengikut jadual tayangan.

GAMING LOUNGE (PUSTAKA KL @ TTDI)

Pustaka KL @ TTDI menyediakan sebuah bilik permainan video untuk mereka yang ingin mencuba permainan yang disediakan. Bilik ini boleh diakses secara bersendirian atau pun dalam kumpulan yang kecil. Anda boleh memilih pelbagai permainan video yang disediakan oleh pihak perpustakaan.

BILIK INTERAKTIF KANAK-KANAK (PUSTAKA KL @ DATARAN MERDEKA)

Bilik interaktif ini disediakan untuk kanak-kanak bermain dan merangsang deria motor anggota badan mereka. Ia dilengkapi dengan beberapa permainan video secara interaktif agar kanak -kanak ini bergerak aktif disamping memberi keseronokan semasa bermain di dalam bilik ini. Ibu-bapa dan penjaga diminta untuk sentiasa memerhati dan berada bersama anak-anak mereka semasa berada didalam bilik ini.

RUANG INTERAKTIF DAN TAYANGAN KANAK-KANAK (PUSTAKA KL @ TTDI)

Sebuah skrin besar disediakan di bahagian kanak-kanak Pustaka KL @ TTDI. Ia akan menayangkan cerita berinfomasi, kartun, permainan interaktif serta aktiviti untuk kanak-kanak semasa mereka berada di perpustakaan.

SURAU
  • Ruang solat disediakan untuk kemudahan pengguna perpustakaan menunaikan ibadah /solat.
  • Ianya dilengkapi bersama sejadah dan ruang yang selesa.
  • Disarankan untuk kaum wanita membawa telekung sendiri.
TANDAS
  • Tandas disediakan untuk kemudahan pengguna perpustakaan.
  • Ianya dibersihkan secara berkala bagi memastikan ianya sentiasa bersih.
  • Mohon pengguna perpustakaan menggunakan tandas dan kelengkapan di dalamnya dengan baik dan elakkan vendalisma.
WATER DISPENSER
  • Terdapat 1-unit water dispenser di bahagian Kafe@PKL.
  • Pengguna perpustakaan boleh mengambil air minuman ini untuk diminum di kafe.
RUANG AKTIVITI
  • Setiap perpustakaan disediakan ruang untuk dilaksanakan pelbagai aktiviti.
  • Sila pastikan ruang ini bersih selepas ia digunakan.
LIF
  • Kemudahan ini disediakan untuk memudahkan pengguna perpustakan mengakses tingkat atas bangunan perpustakaan.
  • Sila gunakan kemudahan ini dengan baik dan elakkan vendalisma
RAMP (Laluan OKU)

Perpustakaan menyediakan kemudahan ‘RAMP’ yang boleh digunakan oleh golongan yang menggunakan kerusi roda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, ingin membuat kajian serta lawatan ke Perpustakaan Kuala Lumpur, sila kemukakan surat rasmi kepada:

Ketua Pustakawan
Perpustakaan Kuala Lumpur
No 1 Jalan Raja
50050 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 2612 3500
Faks : 03 – 2693 7313
Emel : kllibrary@dbkl.gov.my