Soalan Lazim

Anda ada Pertanyaan?

  • WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR & CAWANGAN
    Selasa – Jumaat
    10.00 pagi – 6.45 petang
    Sabtu & Ahad
    10.00 pagi – 5.00 petang
  • Perkhidmatan ditutup pada:
    Sabtu & Ahad minggu pertama setiap bulan
    Isnin dan Cuti Umum.
  • Keahlian Perpustakaan Kuala Lumpur adalah terbuka kepada mereka yang berumur 4 tahun keatas.
  • Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA.
  • Kadar pinjaman bahan perpustakaan adalah sebanyak 3 buah buku untuk satu akaun keahlian.
  • Tempoh pinjaman bahan adalah selama 14 HARI SAHAJA.
  • Pembaharuan pinjaman boleh dilakukan melalui perkhidmatan kaunter, panggilan telefon, email serta laman sesawang PKL.
  • Pembaharuan tempoh pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh empat belas (14) hari pertama.
  • Pembaharuan melalui telefon dibenarkan dengan syarat tempoh pinjaman masih belum tamat dan tiada rekod denda.
  • Sila nyatakan nama peminjam, nombor ID peminjam dan judul buku yang ingin diperbaharui tempoh pinjaman bila memohon melalui email.

Bagi kelewatan memulangkan bahan perpustakaan, kadar denda yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • 1 hari – 14 hari: RM0.10 sehari/ naskah
  • 15 hari ke atas: RM0.20 sehari/ naskah

*Pengiraan hari adalah tidak termasuk cuti umum & hari perkhidmatan perpustakaan ditutup.

Ya, buku boleh dipulangkan melalui gelongsor pemulangan buku (book drop) yang disediakan di ruang lobi perpustakaan Kuala Lumpur Dataran Merdeka, Pustaka KL @ TTDI, Pustaka KL @ Lembah Pantai dan Pustaka KL@Medan Idaman.

Perpustakaan Kuala Lumpur dan perpustakaan cawangan menyediakan kemudahan komputer, internet serta WiFi. Pengguna boleh mengakses internet atau membuat tugasan individu dengan menggunakan komputer yang disediakan. Penggunaan komputer ini tertakluk kepada syarat-syarat dan kadar bayaran yang telah ditetapkan.
Pengguna juga boleh mengakses WiFi secara percuma melalui peranti sendiri.

Perpustakaan Kuala Lumpur ada menyediakan kemudahan tersebut. Berikut adalah maklumat mengenai dewan serta bilik untuk disewa:

  • Dewan Mawar – Kapasiti seramai 55 orang.
  • Dewan Orkid – Kapasiti seramai 100 orang.
  • Bilik Melur 1 & 2 – Kapasiti seramai 25 orang setiap bilik.
  • Auditorium – Kapasiti seramai 150 orang.
  • Bilik Perbincangan – Kapasiti 4 orang setiap bilik.

*MAKLUMAN : Pada masa ini, kemudahan dewan ini ditutup sementara kerana ianya terlibat dalam kerja-kerja ubahsuai.

*Sila hubungi pihak perpustakaan untuk mendapatkan kadar bayaran setiap bilik.