Perutusan Datuk Bandar

YBHG. DATUK SERI PMgr Sr HAJI KAMARULZAMAN BIN MAT SALLEH

Datuk Bandar Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Muhibbah,

Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pengunjung-pengunjung laman sesawang Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL). Selari dengan perkembangan era teknologi maklumat dan ICT, yang mana orang ramai boleh mencari maklumat di mana sahaja mereka berada dengan kata lain maklumat dengan pantas di hujung jari pengguna internet. Justeru itu, PKL juga tidak melepaskan peluang menyediakan kemudahan penggunaan internet sebagai medium komunikasi untuk berinteraksi dengan pengguna bagi mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan PKL and juga mengenai Kuala Lumpur.

Pelanggan bukan sahaja berkehendakkan perkhidmatan yang efisyen tetapi juga cepat dan mudah dicapai pada bila-bila masa, dari mana-mana jua. Urusan dengan PKL kini tidak lagi terhad kepada waktu pejabat sahaja. Laman web ini menyediakan pelbagai perkhidmatan atas talian 24 jam seperti bahan bacaan atas talian, pendaftaran keahlian, pautan kepada pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta NGO, serta pelbagai pangkalan data yang boleh diakses secara percuma.

Akhir kata saya mengucapkan selamat melayari laman web PKL kepada pengunjung-pengunjung laman sesawang ini. Diharapkan pengunjung laman web ini mendapat maklumat yang diingini dengan kemudahan yang disediakan.

Sekian, terima kasih