Profile Perpustakaan Kuala Lumpur

Perpustakaan Kuala Lumpur kini telah kembali dengan wajah baharu yang lebih segar untuk pengunjung. Lokasinya adalah berdekatan dengan Dataran Merdeka. Apa yang menariknya, kali ini pelbagai kemudahan dan fasiliti baru disediakan untuk pengguna. Perpustakaan ini diubah suai dengan reka bentuk dan hiasan yang lebih moden. Dan yang lagi best nya, ruangan khas untuk kanak-kanak juga dinaik taraf untuk menarik minat mereka ke perpustakaan. Tidak lupa juga pelbagai bahan bacaan fizikal dan digital turut disediakan. Perpustakaan Kuala Lumpur @ Dataran Merdeka