PAMERAN & RUANGAN MEMBACA BUKU KANAK-KANAK SEMPENA HARI BUKU KANAK-KANAK ANTARABANGSA 2026
April 1 @ 10:00 am - April 30 @ 6:30 pm
Hari Buku Kanak-Kanak Antarabangsa 2026 merupakan sambutan peringkat global yang bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan buku dalam perkembangan awal mereka.
Perpustakaan Kuala Lumpur telah menyediakan reruai pameran bertemakan Hari Buku Kanak-Kanak Antarabangsa yang terletak di aras lobi. Pengunjung dijemput untuk merakam kenangan di reruai ini. Selain itu, pengunjung juga boleh mencadangkan tajuk buku yang ingin dibaca tetapi belum terdapat di perpustakaan melalui ruangan pameran yang disediakan.
Selain itu, ruangan bacaan khas yang menampilkan koleksi buku kanak-kanak terpilih turut disediakan di Perpustakaan Kanak-Kanak untuk bacaan para pengunjung.
Jom kunjungi Perpustakaan Kuala Lumpur!




