- This event has passed.
READ AND GROW
April 10 @ 10:00 am - 12:30 pm
Pada 10 April 2026 (Jumaat), telah berlangsung Program Read and Grow yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Kuala Lumpur. Program ini diadakan sempena Hari Buku Kanak-Kanak Antarabangsa 2026 dengan tema โPlant stories and the world will bloom!โ. Program ini bertujuan untuk menggalakkan minat membaca serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan buku kanak-kanak dalam perkembangan awal mereka.
Program ini telah diadakan di Tadika Sang Kancil DBKL, Intan Baiduri dan disertai oleh kanak-kanak berumur 4 hingga 5 tahun. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk panduan penjagaan buku yang betul, seni kraf kreatif, sesi bercerita, permainan interaktif serta sumbangan buku bagi Kempen Galakan Membaca.


