DBKL RAIH DUA ANUGERAH ANTARABANGSA DI WSCE 2025 DENGAN PERANAN UTAMA PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila berjaya meraih dua anugerah berprestij, iaitu WSCE 2025 Contribution Award dan Foreign City Award, pada 16 Julai 2025. Penganugerahan ini berlangsung sempena World Smart City Expo (WSCE) 2025 di BEXCO, Busan Metropolitan City, Korea Selatan.
Anugerah ini disampaikan kepada YBrs. Puan Nor Azlina binti Mohd Saad, Pengarah Eksekutif (Pengurusan), yang mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur. Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan DBKL melaksanakan inisiatif Hab Pustaka KL Digital Madani Sri Permaisuri, sebuah projek yang amat selari dengan tema WSCE 2025.
Perpustakaan Kuala Lumpur memainkan peranan penting dalam inisiatif Hab Pustaka KL Digital Madani Sri Permaisuri ini. Ia menjadi tunjang utama yang mengintegrasikan ruang fizikal dan digital bagi memperkasa komuniti bandar. Usaha ini secara langsung menyokong visi jangka panjang Kuala Lumpur untuk memacu urbanisasi pintar melalui penyelesaian digital dan berasaskan ilmu, demi melahirkan generasi masa depan yang bersedia menghadapi cabaran global. Perpustakaan ini bukan sahaja menjadi pusat pembelajaran dan rujukan, malah bertindak sebagai hab komuniti yang memudahkan akses kepada sumber digital dan maklumat. Melalui kolaborasi strategik serta penggunaan data masa nyata, inisiatif ini berjaya menangani jurang digital dan menggalakkan pertumbuhan bandar yang inklusif, memastikan tiada warga kota yang tercicir dalam proses pembangunan.
DBKL kekal komited untuk terus memperkukuh agenda bandar pintar yang mampan, inklusif, dan berpaksikan teknologi demi kesejahteraan seluruh warga kota.
1. Apa itu KLWBC?
Pada 19hb September 2018, Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azoulay menamakan Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia sebagai World Book Capital untuk tahun 2020. Kuala Lumpur telah dipilih atas cadangan Jawatankuasa Penasihat modal Buku Dunia, yang terdiri daripada wakil-wakil Persatuan Penerbit Antarabangsa (IPA), Persekutuan Persatuan Perpustakaan Antarabangsa (IFLA) dan UNESCO berdasarkan aplikasi yang diterima dari bandar-bandar di seluruh dunia.
Bandar ini dipilih kerana tumpuan yang kuat terhadap pendidikan inklusif, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan pembacaan diakses untuk semua bahagian penduduk bandar.
Dengan slogan “KL Baca – caring through reading”, program ini memberi tumpuan kepada empat tema: membaca dalam semua bentuknya, pembangunan infrastruktur industri buku, keterangkuman dan akses digital, dan pemberdayaan kanak-kanak melalui bacaan.
2. Matlamat KLWBC?
Matlamat KLWBC 2020 ialah meningkatkan minat membaca dan mengakses buku di Malaysia. Dalam erti kata lain, KLWBC 2020 bertangggung jawab mempromosi proses membina budaya membaca serta membangunkan akses perbukuan kepada masyarakat. Sekali gus meraikan kadar celik literasi di negara ini agar berfungsi sebagai sumber penyebaran ilmu. Matlamat Unesco menjadikan proses pembacaan dan perbukuan sebagai asas meningkatkan kualiti peradaban sosial dan tamadun minda negara bangsa.
3. Bila berlangsungnya KLWBC 2020?
Mulai 18 hingga 23 April, Dataran Merdeka akan menjadi lokasi induk bagi meraikan minggu pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai WBC ke 20. Mulai 23 April juga, Kuala Lumpur secara rasmi diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Dunia hingga 22 April 2021.
4. Adakah aktiviti-aktiviti sepanjang KLWBC?
5. Laman Web rujukan
Anda boleh layari https://www.kualalumpurwbc.com/ ATAU https://www.facebook.com/KualaLumpurWBC/ untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut