Sombong Sang Gagak Membawa Padah
Pengarang: Affizal Ahmad Category: Fiction Publisher: Dewan Bahasa Dan Pustaka ISBN: 9789834927189 More Details
Keterangan:
Buku yang merupakan sebahagian daripada Siri Haiwan Prihatin terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ini mengisahkan tentang seekor gagak yang sombong dengan bulunya yang berwarna emas. Sikap sombongnya tidak disenangi haiwan-haiwan lain di hutan rimba. Walaupun telah diberi nasihat oleh Sang Kura-Kura dan Sang Ayam Belanda, sang Gagak tetap bermegah diri. Namun, suatu malapetaka akhirnya menimpa dirinya.
Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun. Ia sarat dengan tema-tema yang boleh membuat para pembaca mengembangkan pemikiran mereka terhadap isu-isu berkaitan persahabatan, sikap saling nasihat-menasihati, serta menghargai perbezaan yang wujud dalam hidup bermasyarakat.
Submit your review | |
PKL
Average rating: 0 reviews
